Tag: News

FCVAC UNISEL MERIAHKAN KARNIVAL SENI & BUDAYA DI SMK SERI KERAMAT

FCVAC UNISEL telah menyertai Pameran Seni sempena Karnival Seni & Budaya di SMK Seri Keramat bagi memperkenalkan program pengajian serta memupuk minat pelajar terhadap bidang seni visual, komunikasi dan pengkomputeran melalui pameran karya kreatif dan perkongsian ilmu.

MISI DETEKTIF MATH 2026

Seramai 247 murid SMK Kuala Selangor telah menyertai Program Game-Based Learning hasil kolaborasi FCVAC UNISEL, ISM Matematik & Statistik dan pihak sekolah. Melalui konsep “Detektif Matematik”, peserta menyelesaikan cabaran algebra dan logik secara kreatif, sekali gus membuktikan bahawa pembelajaran matematik boleh dilaksanakan dengan lebih interaktif, menyeronokkan dan bermakna.

FCVAC UNISEL JAYAKAN PROGRAM MOTIVASI TRANSFORMASI DIRI KE ARAH KECEMERLANGAN

Seramai 120 murid Tingkatan 5 SMK Tuanku Abdul Rahman, Batu Arang telah menyertai Program Motivasi Transformasi Diri ke Arah Kecemerlangan anjuran FCVAC UNISEL. Program ini memberi penekanan kepada pembinaan keyakinan diri, strategi pembelajaran berkesan dan perancangan hala tuju selepas SPM bagi membantu pelajar mencapai kecemerlangan.

PROGRAM KECEMERLANGAN PADAT SEJARAH PERINGKAT DAERAH KUALA SELANGOR 2026

FCVAC UNISEL dengan kerjasama PPD Kuala Selangor telah menganjurkan Program Kecemerlangan Padat Sejarah Peringkat Daerah Kuala Selangor 2026 yang menghimpunkan 21 buah sekolah menengah bagi memperkukuh penguasaan mata pelajaran Sejarah dan meningkatkan persediaan pelajar menghadapi peperiksaan.

MALAM SIMFONI SENI BERIBU BINTANG 2026

Menghimpunkan bakat-bakat berbintang dalam kalangan mahasiswa, program ini menampilkan kepelbagaian persembahan daripada tarian yang penuh ekspresi, lakonan yang menyentuh jiwa, sehinggalah alunan muzik band yang menghidupkan suasana.

KUNJUNGAN ISTIMEWA PRO-CANSELOR UNISEL KE FCVAC

Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran (FCVAC), UNISEL hari ini menerima kunjungan istimewa daripada Pro-Canselor UNISEL, Y.A.D. Engku Sri Paduka Diraja, Raja Dato’ Reza Al-Haj bersama Tan Sri Muhammad Ibrahim.

FCVAC CIPTA NAMA DI PENTAS ANTARABANGSA, RANGKUL 4 ANUGERAH PERAK DI JAKARTA

FCVAC UNISEL mengucapkan tahniah kepada para pensyarah, guru dan murid yang berjaya meraih empat Anugerah Perak menerusi dua produk inovasi, Eco Math Quest – The Green Adventure Begins dan SMILE, dalam Innovation World Cup 2026 & International Invention & Innovation Competition 2026 di Jakarta, Indonesia.