π€π”πƒπˆπ“ πƒπ€π‹π€πŒπ€π πˆπ’πŽ 𝟐𝟏𝟎𝟎𝟏:πŸπŸŽπŸπŸ– (π„πŽπŒπ’) 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ”

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera,

Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran (FCVAC), Universiti Selangor (UNISEL) telah melaksanakan Audit Dalaman ISO 21001:2018 – Educational Organizations Management System (EOMS) bagi tahun 2026 sebagai sebahagian daripada usaha berterusan dalam memastikan sistem pengurusan pendidikan sentiasa berada pada tahap yang terbaik.

Audit dalaman ini bertujuan menilai keberkesanan pelaksanaan sistem pengurusan pendidikan, mengenal pasti peluang penambahbaikan serta memastikan setiap proses dilaksanakan mengikut piawaian ISO 21001:2018. Di samping itu, audit ini turut memperkukuh budaya penambahbaikan berterusan dalam penyampaian perkhidmatan akademik dan pentadbiran.

Pelaksanaan audit ini membuktikan komitmen FCVAC dalam memperkasakan tadbir urus fakulti, meningkatkan kualiti penyampaian pendidikan, serta memastikan pengalaman pembelajaran yang lebih berkualiti kepada para pelajar. Selaras dengan aspirasi Universiti Selangor, amalan pengurusan yang sistematik dan berkesan akan terus diperkasakan bagi memenuhi keperluan pihak berkepentingan serta standard pendidikan antarabangsa.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua juruaudit dalaman, jawatankuasa, pensyarah, kakitangan serta seluruh warga FCVAC yang telah memberikan kerjasama dan komitmen sepanjang proses audit berlangsung. Semoga usaha ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan berterusan FCVAC dan UNISEL dalam menyediakan pendidikan yang berkualiti, relevan dan berimpak tinggi.







ROBING CEREMONY 2026 | FCVAC

The Robing Ceremony for Doctor of Philosophy (PhD) and Master Graduates 2026 was held on 24 September 2026 at Auditorium Za’ba, FESS, UNISEL, celebrating the achievements of graduates from FCVAC and FESS. Congratulations to all FCVAC graduates on their outstanding academic accomplishments.