UNISEL TAWAR SUBSIDI 50% YURAN PENGAJIAN & BANTUAN ASAS YURAN UNIVERSITI RM500
Universiti Selangor (UNISEL) kini membuka Pengambilan November 2026 dengan menawarkan peluang istimewa kepada anak Selangor dan pemastautin Selangor untuk melanjutkan pengajian di UNISEL.
Melalui tawaran ini, pelajar yang layak berpeluang menikmati subsidi 50% yuran pengajian serta Bantuan Asas Yuran Universiti sebanyak RM500, tertakluk kepada syarat dan ketetapan yang ditetapkan.
Inisiatif ini merupakan salah satu usaha UNISEL dalam membantu meringankan beban kewangan pelajar dan keluarga, di samping membuka lebih banyak peluang kepada anak Selangor untuk mendapatkan pendidikan tinggi yang berkualiti.
Pengambilan November 2026 telah dibuka.
Jangan lepaskan peluang untuk melanjutkan pengajian di UNISEL dan bersama-sama menerajui masa depan.
📌 Pengambilan: November 2026
🎓 Subsidi: 50% Yuran Pengajian
💰 Bantuan Asas Yuran Universiti: RM500
📍 Khas untuk Anak Selangor & Pemastautin Selangor
Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, sila layari www.unisel.edu.my atau hubungi:
📞 +6011-72743636
📞 +6011-12587758
Daftar sekarang dan rebut peluang melanjutkan pengajian di UNISEL!


