FCVAC UNISEL MERIAHKAN KARNIVAL SENI & BUDAYA DI SMK SERI KERAMAT

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera,

Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran (FCVAC), Universiti Selangor (UNISEL) berbesar hati menyertai Pameran Seni sempena Karnival Seni & Budaya yang telah berlangsung di SMK Seri Keramat.

Penyertaan FCVAC dalam program ini bertujuan memperkenalkan bidang komunikasi, seni visual dan pengkomputeran kepada para pelajar sekolah, di samping mempamerkan hasil karya kreatif serta inovasi yang dihasilkan oleh warga fakulti. Melalui pameran ini, para pengunjung berpeluang melihat sendiri potensi dan peluang kerjaya dalam industri kreatif serta teknologi yang ditawarkan menerusi program-program pengajian di FCVAC.

Selain berkongsi ilmu, pengalaman dan maklumat berkaitan laluan pendidikan tinggi, program ini turut menjadi platform untuk menyemai minat serta mencetus inspirasi kepada generasi muda agar berani meneroka bidang seni, kreativiti dan teknologi sebagai pilihan masa depan.

FCVAC UNISEL merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak SMK Seri Keramat atas jemputan serta layanan yang mesra sepanjang program berlangsung. Diharapkan jalinan kerjasama seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang dalam usaha memperkasakan pendidikan, kreativiti dan pembangunan bakat dalam kalangan pelajar.

 

 

 

 

 

 

 

 

ROBING CEREMONY 2026 | FCVAC

The Robing Ceremony for Doctor of Philosophy (PhD) and Master Graduates 2026 was held on 24 September 2026 at Auditorium Za’ba, FESS, UNISEL, celebrating the achievements of graduates from FCVAC and FESS. Congratulations to all FCVAC graduates on their outstanding academic accomplishments.