Β
CAMPUSFIT AI CIPTA NAMA DI PERSADA ANTARABANGSA, RAIH EXCELLENCE AWARD DI CHINA π²πΎπ¨π³
Tahniah dan syabas! Inovasi CampusFit AI β AI-Powered School Physical Fitness Platform yang dibangunkan oleh pelajar Jabatan Pengkomputeran, Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran (FCVAC), Universiti Selangor (UNISEL) telah mengharumkan nama universiti dan Malaysia di persada antarabangsa apabila berjaya meraih Excellence Award (ASEAN Track) dalam 2026 ASEAN-Oriented βAI + Sportsβ Application Scenario Competition.
Pertandingan yang berlangsung pada 18 hingga 19 November 2026 di Nanning, Guangxi, China ini menghimpunkan idea, inovasi dan aplikasi kecerdasan buatan (AI) dalam bidang sukan dari negara-negara ASEAN dan China.
Penganjuran pertandingan oleh Guangxi Zhuang Autonomous Region Sports Bureau, Guangxi Zhuang Autonomous Region Big Data Development Bureau dan Nanning Municipal Peopleβs Government, dengan kerjasama National Sports Intelligent Sports Technology Innovation Center, menjadi platform penting dalam memperkasa penerokaan teknologi AI untuk aplikasi dalam bidang sukan.
Pencapaian CampusFit AI bukan sekadar satu kejayaan dalam pertandingan, malah mencerminkan kreativiti, kemahiran teknikal dan keupayaan pelajar UNISEL menghasilkan penyelesaian berasaskan AI yang berpotensi memberi impak kepada masyarakat.
Sepanjang penyertaan, delegasi UNISEL turut memperoleh pengalaman dan pendedahan antarabangsa melalui perkongsian ilmu serta pertukaran idea bersama peserta dan delegasi dari negara-negara ASEAN. Peluang ini turut membolehkan para pelajar melihat perkembangan teknologi AI dengan lebih dekat serta memahami potensi penggunaannya dalam bidang sukan.
Delegasi UNISEL turut berkesempatan bertemu dengan Tuan Kathiravan Subramaniam, Konsul Jeneral Malaysia di Nanning, bagi bertukar pandangan dan berkongsi pengalaman sepanjang penyertaan dalam program tersebut.
Selain itu, delegasi turut dibawa melawat China-ASEAN Countries Artificial Intelligence Application Cooperation Center bagi melihat sendiri pelbagai inovasi dan teknologi AI yang dibangunkan di China.
Komitmen UNISEL dalam memperluas jaringan antarabangsa turut diteruskan melalui penyertaan dalam sesi Business Matchmaking, yang membuka peluang untuk meneroka kerjasama dalam bidang aplikasi AI, produk teknologi, penyelidikan bersama, pemindahan teknologi, pengkomersialan inovasi serta pelaksanaan penyelesaian AI dalam sektor sukan.
Delegasi UNISEL terdiri daripada dua orang pensyarah, Ts. Roziyani Binti Setik dan Ts. Norhawani Binti Ahmad Teridi, serta tiga orang pelajar, Farah Erina Binti Razali, Muhammad Hakimi Saβari dan Muhammad Dini Haiqal Bin Azri, yang diiringi oleh Dekan FCVAC, Prof. Madya Ts. Dr. Wan Azlan bin Wan Hassan @ Wan Harun.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada seluruh delegasi atas kejayaan, komitmen dan usaha yang ditunjukkan dalam membawa nama FCVAC dan UNISEL ke pentas antarabangsa.
Semoga kejayaan CampusFit AI menjadi pencetus kepada lebih banyak inovasi daripada warga FCVAC dan UNISEL, khususnya dalam meneroka potensi teknologi AI untuk menyelesaikan cabaran dunia sebenar.
Daripada idea di bilik kuliah, melangkah ke pentas antarabangsa β CampusFit AI membuktikan bahawa inovasi pelajar UNISEL mampu bersaing di peringkat global.
Beyond competition, we learn, we connect, we innovate and we grow together!
#UNISELKitaPunya #FCVAC #CampusFitAI #ExcellenceAward #ASEANTrack #AISports #AIInnovation #InternationalCollaboration #ProudUNISEL
.










Β
Β
Β
Β
Β
Β
Β
Β
Β

