MEMPERKUKUH KOLABORASI AKADEMIA-INDUSTRI KE ARAH INOVASI DAN PEMBANGUNAN BAKAT

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera,

MEMPERKUKUH KOLABORASI AKADEMIA-INDUSTRI KE ARAH INOVASI DAN PEMBANGUNAN BAKAT

Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran (FCVAC), Universiti Selangor (UNISEL) telah mengadakan Sesi Perbincangan Kerjasama bersama PAVO Consortium pada 7 Julai 2026 di Bilik Seminar Hidayat, FCVAC, Kampus Bestari Jaya. Delegasi PAVO Consortium telah diketuai oleh Dr. Mohar Yusof selaku Presiden.

Sesi perbincangan ini turut melibatkan penyertaan wakil daripada Fakulti Sains, Teknologi dan Kejuruteraan (FSTE) serta Pusat Komersialisasi dan Jaringan Industri (CCIL) bagi meneroka peluang kolaborasi strategik yang memberi manfaat kepada universiti, industri dan masyarakat.

Antara fokus utama perbincangan adalah pembangunan bakat, persijilan TVET, kerjasama industri, penyelidikan, inovasi serta usaha memperkukuh jaringan akademia-industri dalam melahirkan graduan yang berdaya saing dan memenuhi keperluan pasaran pekerjaan.

Selain sesi perbincangan, delegasi PAVO Consortium turut mengadakan lawatan ke Galeri Raja Zahabuddin, yang menampilkan koleksi karya seni visual, fotografi serta warisan kreatif sebagai simbol keunikan dan kecemerlangan FCVAC dalam bidang seni dan kreativiti.

FCVAC berharap pertemuan ini menjadi pemangkin kepada jalinan kerjasama yang lebih kukuh, mampan dan berimpak tinggi, seterusnya menyokong pembangunan bakat, memperkasa penyelidikan serta memperluaskan jaringan industri demi kemajuan pendidikan tinggi negara.

 

 

 

 

 

 

TAKLIMAT PELAJAR BAHARU PRA SISWAZAH SEMESTER OGOS 2026

FCVAC UNISEL mengucapkan selamat datang kepada semua pelajar baharu Pra Siswazah Semester Ogos 2026. Semoga perjalanan akademik di UNISEL menjadi pengalaman bermakna dalam membina ilmu, kemahiran, kreativiti dan jati diri ke arah kecemerlangan masa hadapan.

SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA KE-69

🇲🇾 Selamat Menyambut Hari Merdeka Ke-69! FCVAC UNISEL mengajak seluruh warga universiti dan rakyat Malaysia bersama-sama menghayati erti kemerdekaan dengan menghargai perjuangan generasi terdahulu, memperkukuh perpaduan serta menyemarakkan semangat patriotisme demi Malaysia yang terus maju, harmoni dan sejahtera. Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka.