TAHNIAH JUARA SIBER SIAGA CTF: CODE COMBAT 2025

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera,

🏆✨ Tahniah Juara Siber Siaga CTF: Code Combat 2025! ✨🏆
 
Tahniah dan syabas diucapkan kepada pelajar dari Jabatan Pengkomputeran, Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran (FCVAC), Universiti Selangor (UNISEL) atas kejayaan cemerlang mereka dalam pertandingan Siber Siaga Capture the Flag: Code Combat 2025. Pertandingan berprestij ini berlangsung bersempena dengan Cyber Digital Services, Defence and Security Asia Exhibition and Conference (CyberDSA) 2025 yang telah diadakan di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur pada 30 September – 01 Oktober 2025. Ia dianjurkan oleh Bahagian Siber dan Elektromagnetik Pertahanan (BSEP) dengan kerjasama Mindmatics Sdn. Bhd., TM One dan Asia Pacific University (APU) telah menarik penyertaan seramai 238 peserta daripada 75 pasukan seluruh negara.
 
Pasukan hebat ini menggunakan nama pasukan Takde_Idea diwakili oleh pelajar berbakat iaitu Muhammad Firdaus bin Amran (Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer) dan Muhammad Shariff bin Umar (Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat). Dengan semangat juang yang tinggi, mereka berjaya mengharungi pelbagai cabaran teknikal yang melibatkan aspek keselamatan siber seperti penggodaman, penyiasatan digital serta penyelesaian masalah siber.
 
Hasil usaha gigih dan strategi mantap, pasukan ini telah dinobatkan sebagai Juara Capture the Flag (CTF) 2025 serta membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM6,000. Kejayaan ini amat bermakna kerana pencapaian ini membuktikan bahawa pelajar UNISEL mampu bersaing di pentas kebangsaan dan setanding dengan institusi lain dalam bidang keselamatan siber.
 
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga UNISEL untuk terus berinovasi, melakar pencapaian gemilang dan menyumbang kepada pembangunan keselamatan siber negara.
 
 
 
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

FCVAC UNISEL MERIAHKAN KARNIVAL SENI & BUDAYA DI SMK SERI KERAMAT

FCVAC UNISEL telah menyertai Pameran Seni sempena Karnival Seni & Budaya di SMK Seri Keramat bagi memperkenalkan program pengajian serta memupuk minat pelajar terhadap bidang seni visual, komunikasi dan pengkomputeran melalui pameran karya kreatif dan perkongsian ilmu.