BENGKEL CEMERLANG SKOR ART 2025

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera,

 
Bengkel Cemerlang Skor ART – PADAT Seni Catan 2025 telah dianjurkan secara kerjasama antara Jabatan Sains Sosial Sektor Pembelajaran PPD Kuala Selangor, Panitia Pendidikan Seni Visual Daerah Kuala Selangor, dan Jabatan Seni Visual, Fakulti Komunikasi, Seni Visual & Pengkomputeran, Universiti Selangor.
Bengkel ini disertai oleh seramai 155 pelajar daripada 16 buah sekolah menengah di daerah Kuala Selangor, dengan diiringi oleh 27 orang guru pengiring. Program berlangsung di Dewan Naib Canselor, Universiti Selangor, Bestari Jaya dimulakan ucapan aluan oleh Prof. Madya Ts. Dr. Wan Azlan Wan Hassan, Dekan Fakulti. dan dirasmikan oleh Dr. Hajah Norlela bt Ahmad, Pegawai SISC+ Sains Sosial Sektor Pembelajaran PPD Kuala Selangor.
Objektif utama bengkel ini adalah untuk memantapkan persediaan para pelajar menjelang Peperiksaan SPM 2025, khususnya dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.
 
 
 
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

SUGAR & SPICE MENTOR-MENTEE WEEK

Program *Sugar & Spice Mentor-Mentee Week* FCVAC menjadi platform untuk menghubungkan mentor dan mentee melalui sesi bimbingan akademik, pembangunan pelajar serta aktiviti interaktif bagi memperkukuh sokongan pembelajaran dan persediaan pra-pendaftaran kursus semester Ogos 2026.

FINAL YEAR PROJECT SHOWCASE 2026

Final Year Project Showcase 2026 mempamerkan projek penyelidikan, seni visual dan inovasi teknologi pelajar tahun akhir FCVAC, Universiti Selangor sebagai simbol kecemerlangan dan masa depan yang sedang dibina.