Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera,
๐ท๐๐๐๐๐๐ ๐ณ๐๐๐๐๐๐ ๐น๐๐๐๐ ๐ด๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐ฐ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐ป๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐ผ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ (๐น๐ด๐ฐ๐ป ๐ผ๐๐๐๐๐๐๐๐๐) – ๐ฎ๐๐๐๐๐ ๐ฌ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐ช๐๐๐๐๐ (๐ฎ๐ฌ๐ช): ๐ด๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐ฒ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐จ๐๐๐
๐๐๐๐ ๐
๐๐ ๐ท๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐ฉ๐๐๐๐๐ ๐ด๐๐๐๐๐.
ย
Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran (FCVAC) melalui Jabatan Komunikasi telah menganjurkan Kelas Bahasa Melayu Komunikasi Asas untuk 19 pelajar dari Royal Melbourne Institute of Technology University (RMIT), Australia, bersama tiga orang pensyarah pengiring.
ย
Program ini berlangsung selama enam hari di Kampus UNISEL Bestari Jaya dan merupakan sebahagian daripada Lawatan Akademik Tanah Lembap di Malaysia oleh pelajar Sains Alam Sekitar RMIT dengan kolaborasi bersama Global Environment Centre (GEC).
ย
Kelas ini bertujuan memperkukuh kemahiran komunikasi asas dalam Bahasa Melayu, termasuk sebutan, sapaan harian, sistem nombor, pengenalan makanan tempatan, serta pemahaman asas terhadap adat dan budaya Malaysia.
ย
Sesi pengajaran dikendalikan oleh Cik Munirah Ilias dan Cik Nurul Asyikin Deraman dari Jabatan Komunikasi, dibantu tiga orang fasilitator dalam kalangan pelajar Ijazah Sarjana Muda Komunikasi (Komunikasi Korporat).
ย
๐๐๐ฅ๐๐ข๐ง ๐ฉ๐๐ง๐ ๐ฎ๐๐ฌ๐๐๐ง ๐๐๐ก๐๐ฌ๐, ๐ฉ๐๐ซ๐ ๐ฉ๐๐ฌ๐๐ซ๐ญ๐ ๐ฃ๐ฎ๐ ๐ ๐๐๐ซ๐ฉ๐๐ฅ๐ฎ๐๐ง๐ ๐ฆ๐๐ง๐๐ซ๐จ๐ค๐ inisiatif kelestarian UNISEL sebagai kampus hijau, selaras dengan bidang pengajian mereka dalam Sains Alam Sekitar.
ย
Program ini menyediakan pengalaman pembelajaran holistik yang merangkumi bahasa, budaya, dan kelestarian alam sekitar.
Kerjasama strategik secara tidak langsung antara UNISEL, Global Environment Centre, dan RMIT University diyakini dapat memperkukuh hubungan akademik antarabangsa serta menyokong agenda pendidikan berimpak tinggi yang menekankan pemeliharaan alam sekitar dan pembangunan komuniti.
ย
UNISEL kekal komited untuk memperluas kerjasama global dan menjadi institusi pendidikan yang menyokong pembangunan mampan serta pembelajaran sepanjang hayat.














