FINAL YEAR PROJECT SHOWCASE 2026: MENAMPILKAN KREATIVITI, INOVASI DAN KECEMERLANGAN DIGITAL FCVAC

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera,

 

Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran (FCVAC), Universiti Selangor (UNISEL) dengan sukacitanya menjemput warga universiti, rakan industri, bakal pelajar serta orang awam ke Final Year Project Showcase 2026, sebuah acara tahunan yang menghimpunkan hasil projek terbaik pelajar tahun akhir daripada tiga jabatan utama di FCVAC.

Bertemakan Creative Digital Excellence 2026, pameran ini menjadi platform untuk para pelajar mempamerkan idea kreatif, penyelidikan, inovasi teknologi serta karya seni yang mencerminkan keupayaan mereka dalam menghadapi cabaran industri masa kini.

Sepanjang program berlangsung, pengunjung berpeluang menyaksikan pelbagai projek yang dihasilkan oleh pelajar daripada:

  • Department of Communication
    • Information and Communication Symposium 2026 (ICONIC 2026)
    • 22 Julai 2026
    • Perpustakaan UNISEL
  • Department of Visual Art
    • VEX (Visual Art Exhibition)
    • 21 – 23 Julai 2026
    • Galeri Raja Zahabuddin
  • Department of Computing
    • exhibIT
    • 22 – 23 Julai 2026
    • MKV1, MKV2 & Makmal Filem dan Animasi

Majlis Perasmian akan berlangsung pada 21 Julai 2026 (Selasa), jam 3.00 petang hingga 5.00 petang di Jabatan Seni Visual, FCVAC, UNISEL Kampus Bestari Jaya, manakala Majlis Penutup akan diadakan pada 23 Julai 2026 (Khamis), jam 3.00 petang hingga 5.00 petang di lokasi yang sama.

Program ini bukan sahaja meraikan pencapaian akademik pelajar, malah menjadi medium memperkukuh hubungan antara universiti, industri dan komuniti melalui perkongsian idea, inovasi serta bakat kreatif yang berpotensi memberi impak kepada masyarakat.

Orang ramai dijemput hadir bagi memberikan sokongan kepada para pelajar serta melihat sendiri hasil kreativiti dan inovasi yang bakal membentuk masa depan industri komunikasi, seni visual dan pengkomputeran.

📅 Tarikh: 21 – 23 Julai 2026
📍 Lokasi: FCVAC, Universiti Selangor (UNISEL), Kampus Bestari Jaya

Jom sertai kami dan raikan kecemerlangan kreativiti digital dalam Final Year Project Showcase 2026!