Category: News

SALAM AWAL MUHARRAM 1448H DARIPADA WARGA FCVAC UNISEL

Seluruh warga FCVAC UNISEL mengucapkan Salam Awal Muharram 1448H kepada seluruh umat Islam. Semoga tahun baharu Hijrah ini menjadi titik permulaan untuk memperbaharui azam, memperkukuhkan nilai murni dan terus melakar kecemerlangan serta keberkatan dalam setiap usaha.

KUNJUNGAN ISTIMEWA PRO-CANSELOR UNISEL KE FCVAC

Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran (FCVAC), UNISEL hari ini menerima kunjungan istimewa daripada Pro-Canselor UNISEL, Y.A.D. Engku Sri Paduka Diraja, Raja Dato’ Reza Al-Haj bersama Tan Sri Muhammad Ibrahim.

FCVAC CIPTA NAMA DI PENTAS ANTARABANGSA, RANGKUL 4 ANUGERAH PERAK DI JAKARTA

FCVAC UNISEL mengucapkan tahniah kepada para pensyarah, guru dan murid yang berjaya meraih empat Anugerah Perak menerusi dua produk inovasi, Eco Math Quest – The Green Adventure Begins dan SMILE, dalam Innovation World Cup 2026 & International Invention & Innovation Competition 2026 di Jakarta, Indonesia.

MISI TO RISE 2026: KEJAYAAN MEMBANGGAKAN UNISEL

Jabatan Pengkomputeran FCVAC UNISEL mencatat kejayaan membanggakan apabila meraih dua pingat emas dan empat pingat perak dalam International Research and Innovation Symposium Competition (RISE 2026) di UTHM Batu Pahat.

AIDILADHA 2026: MENYEMAI KEIKHLASAN DAN KASIH SAYANG

FCVAC UNISEL mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh warga universiti dan masyarakat umum. Semoga semangat pengorbanan, keikhlasan dan kebersamaan terus mekar dalam kehidupan serta membawa keberkatan buat semua.