FCVAC CIPTA NAMA DI PENTAS ANTARABANGSA, RANGKUL 4 ANUGERAH PERAK DI JAKARTA

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera,

Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran (FCVAC), Universiti Selangor (UNISEL) merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada para pensyarah, guru dan murid yang telah berjaya mengharumkan nama fakulti serta universiti di persada antarabangsa menerusi kejayaan cemerlang dalam Innovation World Cup 2026 & International Invention & Innovation Competition 2026 yang telah berlangsung pada 3 hingga 6 Jun 2026 di Universitas Negeri Jakarta, Indonesia.

Program berprestij ini dianjurkan oleh Malaysia Innovation Invention Creativity Association (MIICA) dengan kerjasama Universitas Negeri Jakarta, menghimpunkan penyelidik, pendidik dan inovator dari pelbagai negara bagi mengetengahkan hasil penyelidikan serta inovasi yang memberi impak kepada masyarakat dan dunia pendidikan.

Eco Math Quest – The Green Adventure Begins

Produk Eco Math Quest – The Green Adventure Begins, hasil kolaborasi antara pensyarah Matematik FCVAC, Puan Khairil Bariyyah Hassan, bersama guru dan murid Sekolah Kebangsaan Bestari Jaya, Selangor, telah berjaya meraih dua Anugerah Perak (Silver Awards).

Pasukan inovasi ini terdiri daripada:

  • Puan Khairil Bariyyah Hassan
  • Puan Siti Nur Ain Mohamad Tamin
  • Mohd Fairuz bin Md Shaari
  • Muhammad Zaid Afwan bin Mohd Fairuz
  • Muhammad Fathul Amal bin Alias
  • Ahmad Irsyaad bin Ahmad Zulfahmi
  • Muhammad Zubair Aiman bin Mohd Fairuz

Sustainable Mathematics for Interactive Learning & Education (SMILE)

Sementara itu, produk Sustainable Mathematics for Interactive Learning & Education (SMILE) yang dibangunkan oleh pasukan pensyarah Matematik dan Statistik FCVAC turut mencatat kejayaan membanggakan apabila menerima dua Anugerah Perak (Silver Awards).

Pasukan ini dianggotai oleh:

  • Dr. Siti Hawa Mohd Yusoff
  • Puan Khairil Bariyyah Hassan
  • Puan Hasnur Hidayah Kamaruddin
  • Puan Sharifah Zuraidah Syed Abdul Jalil
  • Cik Hanita Hashim
  • Puan Zuraini Ayop
  • Puan Yati Ashikin Abdul Wahab
  • Puan Shahida Abd Latif

Pencapaian ini membuktikan komitmen berterusan warga FCVAC dalam memperkasakan budaya penyelidikan dan inovasi melalui pembangunan bahan pembelajaran yang kreatif, interaktif serta lestari. Kejayaan ini bukan sahaja mengiktiraf kecemerlangan akademik warga fakulti, malah turut memperkukuhkan reputasi UNISEL sebagai institusi yang sentiasa menyokong penghasilan inovasi berkualiti tinggi di peringkat antarabangsa.

Seluruh warga FCVAC mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua ahli pasukan atas pencapaian yang amat membanggakan ini. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi dan pemangkin kepada lebih banyak penyelidikan serta inovasi yang memberi manfaat kepada dunia pendidikan dan masyarakat pada masa hadapan.

 

FCVAC UNISEL MERIAHKAN KARNIVAL SENI & BUDAYA DI SMK SERI KERAMAT

FCVAC UNISEL telah menyertai Pameran Seni sempena Karnival Seni & Budaya di SMK Seri Keramat bagi memperkenalkan program pengajian serta memupuk minat pelajar terhadap bidang seni visual, komunikasi dan pengkomputeran melalui pameran karya kreatif dan perkongsian ilmu.