Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera,
Universiti Selangor (UNISEL) melalui Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran (FCVAC) kini membuka pengambilan pelajar baharu bagi sesi Ogos 2026. Peluang ini terbuka kepada lepasan SPM, STPM, Diploma dan kelayakan setaraf yang ingin melanjutkan pengajian dalam bidang komunikasi, seni visual, teknologi maklumat, multimedia dan pengkomputeran di universiti milik penuh Kerajaan Negeri Selangor.
FCVAC menawarkan pelbagai program pengajian yang direka untuk memenuhi keperluan industri semasa serta perkembangan teknologi digital yang pesat. Antara program yang ditawarkan termasuk Program Asas Teknologi Maklumat, Diploma Komunikasi dan Media, Diploma Seni Reka Grafik Digital, Diploma Teknologi Fotografi, Diploma Industri Multimedia, Diploma Sains Komputer serta pelbagai program ijazah sarjana muda dalam bidang komunikasi, perpustakaan, seni reka grafik digital, teknologi maklumat, multimedia, kejuruteraan perisian, sains komputer dan matematik dengan statistik.
Sebagai galakan kepada bakal pelajar, UNISEL turut menawarkan subsidi potongan yuran pengajian sehingga 50% tertakluk kepada syarat dan kelayakan yang ditetapkan. Inisiatif ini membuktikan komitmen UNISEL dalam menyediakan akses pendidikan tinggi yang berkualiti dan mampu milik kepada masyarakat.
Dengan tenaga pengajar berpengalaman, kemudahan pembelajaran yang lengkap serta kurikulum yang selaras dengan kehendak industri, FCVAC komited melahirkan graduan yang berdaya saing, kreatif dan bersedia menghadapi cabaran dunia pekerjaan masa kini.
Bakal pelajar yang berminat boleh membuat permohonan segera melalui pautan atau kod QR yang disediakan. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada warga FCVAC UNISEL dan melakar masa depan yang lebih cemerlang bersama kami.
Untuk maklumat lanjut: 011-72743636 / 0192769926
www.unisel.edu.my


