Author: azwan

UNISEL X PAVO CONSORTIUM STRATEGIC WORKSHOP

UNISEL Γ— PAVO Consortium Strategic Workshop memperkukuh kerjasama strategik dalam bidang teknologi, pendidikan dan inovasi melalui inisiatif Droneport-1000, Low-Altitude Economy (LAE), laluan pendidikan pelajar, micro-credentials, penyelidikan gunaan serta program STEM komuniti.

SALAM MAULIDUR RASUL 1448H

Marilah kita bersama-sama menghayati sirah dan meneladani akhlak mulia Rasulullah SAW sebagai panduan dalam membentuk insan yang berilmu, berintegriti dan berakhlak terpuji.

LAWATAN KOLEJ VOKASIONAL KUALA SELANGOR KE PAMERAN FYP SEMESTER APRIL 2026

FCVAC, UNISEL merakamkan penghargaan atas kunjungan para pelajar dan guru Kolej Vokasional Kuala Selangor ke Pameran Projek Tahun Akhir (FYP) Semester April 2026 pada 21 hingga 23 Julai 2026. Lawatan ini memberi peluang kepada pelajar meneroka hasil inovasi dan rekaan kreatif serta mendapatkan inspirasi dalam bidang seni visual dan reka bentuk.

FCVAC UNISEL MERIAHKAN KARNIVAL SENI & BUDAYA DI SMK SERI KERAMAT

FCVAC UNISEL telah menyertai Pameran Seni sempena Karnival Seni & Budaya di SMK Seri Keramat bagi memperkenalkan program pengajian serta memupuk minat pelajar terhadap bidang seni visual, komunikasi dan pengkomputeran melalui pameran karya kreatif dan perkongsian ilmu.

MISI DETEKTIF MATH 2026

Seramai 247 murid SMK Kuala Selangor telah menyertai Program Game-Based Learning hasil kolaborasi FCVAC UNISEL, ISM Matematik & Statistik dan pihak sekolah. Melalui konsep “Detektif Matematik”, peserta menyelesaikan cabaran algebra dan logik secara kreatif, sekali gus membuktikan bahawa pembelajaran matematik boleh dilaksanakan dengan lebih interaktif, menyeronokkan dan bermakna.

π€π”πƒπˆπ“ πƒπ€π‹π€πŒπ€π πˆπ’πŽ 𝟐𝟏𝟎𝟎𝟏:πŸπŸŽπŸπŸ– (π„πŽπŒπ’) 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ”

FCVAC UNISEL telah melaksanakan Audit Dalaman ISO 21001:2018 (EOMS) Tahun 2026 sebagai usaha memperkukuh sistem pengurusan pendidikan, meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan serta membudayakan penambahbaikan berterusan demi kecemerlangan institusi.