Author: azwan

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER OGOS 2026

Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran (FCVAC), UNISEL mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pelajar yang menduduki Peperiksaan Akhir Semester Ogos 2026. Semoga berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang!

BENGKEL PRODUKSI MULTIMEDIA DAN PENYIARAN DIGITAL

Bengkel Produksi Multimedia dan Penyiaran Digital anjuran Jabatan Pengkomputeran, FCVAC, UNISEL dengan kerjasama Akademi TVET UniRAZAK akan berlangsung pada 7 Oktober 2026, dari jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang di Universiti Selangor.

ROBING CEREMONY 2026 | FCVAC

The Robing Ceremony for Doctor of Philosophy (PhD) and Master Graduates 2026 was held on 24 September 2026 at Auditorium Za’ba, FESS, UNISEL, celebrating the achievements of graduates from FCVAC and FESS. Congratulations to all FCVAC graduates on their outstanding academic accomplishments.

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026

Fakulti Komunikasi, Seni Visual & Pengkomputeran (FCVAC), Universiti Selangor (UNISEL) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia 2026 kepada seluruh rakyat Malaysia. Marilah kita terus menyemarakkan semangat perpaduan, keharmonian dan patriotisme demi Malaysia yang aman, maju dan sejahtera.

SUGAR & SPICE MENTOR-MENTEE WEEK: CONNECT, GUIDE, DEVELOP

Sugar & Spice Mentor-Mentee Week anjuran FCVAC, UNISEL berlangsung dari 7 September hingga 9 Oktober 2026 dengan tema “Connect | Guide | Develop”. Program ini memberi fokus kepada hubungan mentor-mentee, bimbingan akademik, pemantauan kemajuan pelajar serta persediaan pra-pendaftaran kursus bagi Semester November 2026.

TAKLIMAT PELAJAR BAHARU PRA SISWAZAH SEMESTER OGOS 2026

FCVAC UNISEL mengucapkan selamat datang kepada semua pelajar baharu Pra Siswazah Semester Ogos 2026. Semoga perjalanan akademik di UNISEL menjadi pengalaman bermakna dalam membina ilmu, kemahiran, kreativiti dan jati diri ke arah kecemerlangan masa hadapan.

SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA KE-69

🇲🇾 Selamat Menyambut Hari Merdeka Ke-69! FCVAC UNISEL mengajak seluruh warga universiti dan rakyat Malaysia bersama-sama menghayati erti kemerdekaan dengan menghargai perjuangan generasi terdahulu, memperkukuh perpaduan serta menyemarakkan semangat patriotisme demi Malaysia yang terus maju, harmoni dan sejahtera. Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka.