MEMPERKUKUH KOLABORASI AKADEMIA-INDUSTRI KE ARAH INOVASI DAN PEMBANGUNAN BAKAT

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera,

MEMPERKUKUH KOLABORASI AKADEMIA-INDUSTRI KE ARAH INOVASI DAN PEMBANGUNAN BAKAT

Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran (FCVAC), Universiti Selangor (UNISEL) telah mengadakan Sesi Perbincangan Kerjasama bersama PAVO Consortium pada 7 Julai 2026 di Bilik Seminar Hidayat, FCVAC, Kampus Bestari Jaya. Delegasi PAVO Consortium telah diketuai oleh Dr. Mohar Yusof selaku Presiden.

Sesi perbincangan ini turut melibatkan penyertaan wakil daripada Fakulti Sains, Teknologi dan Kejuruteraan (FSTE) serta Pusat Komersialisasi dan Jaringan Industri (CCIL) bagi meneroka peluang kolaborasi strategik yang memberi manfaat kepada universiti, industri dan masyarakat.

Antara fokus utama perbincangan adalah pembangunan bakat, persijilan TVET, kerjasama industri, penyelidikan, inovasi serta usaha memperkukuh jaringan akademia-industri dalam melahirkan graduan yang berdaya saing dan memenuhi keperluan pasaran pekerjaan.

Selain sesi perbincangan, delegasi PAVO Consortium turut mengadakan lawatan ke Galeri Raja Zahabuddin, yang menampilkan koleksi karya seni visual, fotografi serta warisan kreatif sebagai simbol keunikan dan kecemerlangan FCVAC dalam bidang seni dan kreativiti.

FCVAC berharap pertemuan ini menjadi pemangkin kepada jalinan kerjasama yang lebih kukuh, mampan dan berimpak tinggi, seterusnya menyokong pembangunan bakat, memperkasa penyelidikan serta memperluaskan jaringan industri demi kemajuan pendidikan tinggi negara.

 

 

 

 

 

 

FCVAC UNISEL MERIAHKAN KARNIVAL SENI & BUDAYA DI SMK SERI KERAMAT

FCVAC UNISEL telah menyertai Pameran Seni sempena Karnival Seni & Budaya di SMK Seri Keramat bagi memperkenalkan program pengajian serta memupuk minat pelajar terhadap bidang seni visual, komunikasi dan pengkomputeran melalui pameran karya kreatif dan perkongsian ilmu.

MISI DETEKTIF MATH 2026

Seramai 247 murid SMK Kuala Selangor telah menyertai Program Game-Based Learning hasil kolaborasi FCVAC UNISEL, ISM Matematik & Statistik dan pihak sekolah. Melalui konsep “Detektif Matematik”, peserta menyelesaikan cabaran algebra dan logik secara kreatif, sekali gus membuktikan bahawa pembelajaran matematik boleh dilaksanakan dengan lebih interaktif, menyeronokkan dan bermakna.