PELANTIKAN SEBAGAI PENSYARAH

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera,

 

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada warga akademik Fakulti Komunikasi, Seni Visual & Pengkomputeran (FCVAC), Universiti Selangor (UNISEL) atas pelantikan ke Jawatan Pensyarah seperti berikut:

Jabatan Komunikasi

  • Cik Najmi Najiha binti Mohd Zaid

Jabatan Seni Visual

  • Encik Raja Shamir Izwan bin Raja Sharuddin

  • Encik Muhammad Nazrul Hisham bin Hassan

Jabatan Pengkomputeran

  • Puan Norzita binti Duriat

  • Puan Norhayati binti Mohd Amin

Pelantikan baharu sebagai pensyarah ini merupakan satu pengiktirafan terhadap dedikasi, komitmen serta sumbangan berterusan mereka dalam bidang pengajaran, pembelajaran dan pembangunan akademik fakulti.

Pihak fakulti dan universiti merakamkan setinggi-tinggi penghargaan serta mengucapkan tahniah, dan mendoakan agar para pensyarah ini terus cemerlang serta menyumbang ke arah kecemerlangan Universiti Selangor.

Selamat maju jaya.

 
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER OGOS 2026

Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran (FCVAC), UNISEL mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pelajar yang menduduki Peperiksaan Akhir Semester Ogos 2026. Semoga berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang!