Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera,
𝐌𝐨𝐔 𝐔𝐍𝐈𝐒𝐄𝐋 & 𝐃𝐢𝐯𝐞 𝐁𝐮𝐝𝐝𝐲: 𝐓𝐕𝐄𝐓, 𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫𝐰𝐚𝐭𝐞𝐫 𝐏𝐡𝐨𝐭𝐨𝐠𝐫𝐚𝐩𝐡𝐲 & 𝐏𝐞𝐦𝐮𝐥𝐢𝐡𝐚𝐫𝐚𝐚𝐧 𝐁𝐢𝐨𝐝𝐢𝐯𝐞𝐫𝐬𝐢𝐭𝐢 𝐋𝐚𝐮𝐭
Alhamdulillah, Universiti Selangor (UNISEL) melalui Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran (FKSVP) telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Dive Buddy sebagai langkah strategik memperkasa kolaborasi industri–akademia.
Majlis ini diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat daripada pihak Dive Buddy iaitu 𝙀𝙣. 𝘽𝙖𝙝𝙖𝙢𝙖𝙣 𝙃𝙖𝙨𝙝𝙞𝙢 (𝙈𝙖𝙣𝙖𝙜𝙞𝙣𝙜 𝘿𝙞𝙧𝙚𝙘𝙩𝙤𝙧) & 𝘿𝙧. 𝙉𝙖𝙗𝙞𝙡𝙖 𝙏𝙖𝙡𝙞𝙗 (𝙊𝙥𝙚𝙧𝙖𝙩𝙞𝙤𝙣 𝙈𝙖𝙣𝙖𝙜𝙚𝙧).
Turut bersama barisan pengurusan FKSVP UNISEL yang diketuai oleh Prof. Madya Ts. Dr. Wan Azlan bin Wan Hassan selaku Dekan, serta para Timbalan Dekan dan Ketua Jabatan.
Kerjasama ini memberi penekanan kepada pembangunan kemahiran TVET dalam bidang komunikasi, seni visual dan pengkomputeran, termasuk kepakaran underwater photography sebagai medium penting dalam menyokong pemuliharaan biodiversiti laut.
Melalui pendekatan ini, pelajar didedahkan kepada teknik dokumentasi visual bawah air bagi merakam ekosistem marin seperti terumbu karang, hidupan laut dan habitat sensitif. Data visual yang dihasilkan bukan sahaja bernilai dari sudut kreatif, malah berfungsi sebagai bahan sokongan kepada usaha penyelidikan, pemantauan alam sekitar serta kesedaran awam terhadap kepentingan pemeliharaan laut.
Kolaborasi ini turut membuka ruang kepada pembangunan kandungan digital berimpak tinggi, menyokong industri pelancongan lestari serta memperkukuh peranan universiti dalam agenda kelestarian dan pemuliharaan alam.
MoU ini mencerminkan komitmen UNISEL dalam melahirkan graduan berkemahiran tinggi, berfikiran lestari serta relevan dengan keperluan industri dan global.
Semoga kerjasama strategik ini menjadi pemangkin kepada pembangunan bakat masa depan, penyelidikan berimpak serta ekosistem industri-akademia yang lebih dinamik dan lestari.


