MoU FCVAC UNISEL & VALET NEXAGUARD

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera,

𝑴𝒆𝒎𝒑𝒆𝒓𝒌𝒂𝒔𝒂 𝑻𝑽𝑬𝑻 𝑴𝒆𝒍𝒂𝒍𝒖𝒊 𝑲𝒐𝒍𝒂𝒃𝒐𝒓𝒂𝒔𝒊 𝑰𝒏𝒅𝒖𝒔𝒕𝒓𝒊–𝑨𝒌𝒂𝒅𝒆𝒎𝒊𝒂: 𝑴𝒐𝑼 𝑭𝑲𝑺𝑽𝑷 𝑼𝑵𝑰𝑺𝑬𝑳 & 𝑽𝒂𝒍𝒆𝒕 𝑵𝒆𝒙𝒂𝒈𝒖𝒂𝒓𝒅 𝑩𝒆𝒓𝒍𝒂𝒏𝒈𝒔𝒖𝒏𝒈 𝑫𝒆𝒏𝒈𝒂𝒏 𝑱𝒂𝒚𝒂𝒏𝒚𝒂
 
Alhamdulillah, Sesi Pengenalan Fakulti serta Penyempurnaan 𝐏𝐞𝐧𝐚𝐧𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐦𝐨𝐫𝐚𝐧𝐝𝐮𝐦 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐞𝐟𝐚𝐡𝐚𝐦𝐚𝐧 (𝐌𝐨𝐔) antara 𝐅𝐚𝐤𝐮𝐥𝐭𝐢 𝐊𝐨𝐦𝐮𝐧𝐢𝐤𝐚𝐬𝐢, 𝐒𝐞𝐧𝐢 𝐕𝐢𝐬𝐮𝐚𝐥 𝐝𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐤𝐨𝐦𝐩𝐮𝐭𝐞𝐫𝐚𝐧 (𝐅𝐊𝐒𝐕𝐏), Universiti Selangor (UNISEL) bersama 𝐕𝐚𝐥𝐞𝐭 𝐍𝐞𝐱𝐚𝐠𝐮𝐚𝐫𝐝 𝐒𝐝𝐧 𝐁𝐡𝐝 telah berlangsung dengan jayanya.
 
Selari dengan aspirasi memperkasa 𝑻𝑽𝑬𝑻 serta pendidikan berteraskan industri, program ini menjadi platform penting dalam memperkukuh jaringan strategik industri–akademia, di samping membuka ruang kolaborasi dalam bidang komunikasi, seni visual, pengkomputeran serta inovasi teknologi yang memberi manfaat kepada pelajar, pensyarah dan rakan industri.
 
Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat daripada Valet Nexaguard Sdn Bhd iaitu 𝒀𝑩𝒉𝒈. 𝑷𝒖𝒂𝒏 𝑺𝒓𝒊 𝑻𝒔. 𝑹𝒂𝒚𝒂𝒏𝒂 𝑨𝒃𝒅𝒖𝒍 𝑹𝒂𝒉𝒎𝒂𝒏 𝒔𝒆𝒍𝒂𝒌𝒖 𝑪𝒉𝒂𝒊𝒓𝒎𝒂𝒏, 𝒀𝑩𝒉𝒈. 𝑫𝒂𝒕𝒐 𝑺𝒓𝒊 𝑨𝒉𝒎𝒂𝒅 𝑭𝒂𝒅𝒊𝒍 𝒃𝒊𝒏 𝑺𝒉𝒂𝒎𝒔𝒖𝒅𝒅𝒊𝒏 𝒔𝒆𝒍𝒂𝒌𝒖 𝑫𝒊𝒓𝒆𝒄𝒕𝒐𝒓 serta 𝑷𝒓𝒐𝒇𝒆𝒔𝒔𝒐𝒓 (𝑫𝒓) 𝑺𝒉𝒂𝒊𝒌𝒉 𝑯𝒂𝒓𝒖𝒏 𝒃𝒊𝒏 𝑴𝒖𝒔𝒕𝒂𝒇𝒂 𝒔𝒆𝒍𝒂𝒌𝒖 𝑪𝒉𝒊𝒆𝒇 𝑬𝒙𝒆𝒄𝒖𝒕𝒊𝒗𝒆 𝑶𝒇𝒇𝒊𝒄𝒆𝒓.
 
Turut bersama barisan pengurusan FKSVP UNISEL yang diketuai oleh Prof. Madya Ts. Dr. Wan Azlan bin Wan Hassan selaku Dekan, serta para Timbalan Dekan dan Ketua Jabatan.
 
Semoga kerjasama strategik ini menjadi pemangkin kepada pembangunan bakat masa depan, penyelidikan berimpak serta ekosistem industri-akademia yang lebih dinamik dan lestari.
 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

MoU FCVAC UNISEL & DIVE BUDDY

Pemeterian MoU antara UNISEL dan Dive Buddy membuka ruang kolaborasi strategik dalam memperkasa TVET melalui bidang underwater photography serta usaha pemuliharaan biodiversiti laut, sekali gus memberi pendedahan industri dan pengalaman pembelajaran berimpak tinggi kepada pelajar.

TAHNIAH SPM 2025: BINA MASA DEPAN ANDA BERSAMA UNISEL

Tahniah kepada semua pelajar SPM 2025 atas kejayaan yang diraih. Teruskan melangkah ke hadapan dengan semangat dan keyakinan untuk membina masa depan yang lebih cemerlang bersama peluang pendidikan tinggi di UNISEL.