π”ππˆπ’π„π‹ 𝐃𝐀𝐍 πŠπ•πŠπ’ ππ„π‘πŠπ”πŠπ”π‡ πŠπ„π‘π‰π€π’π€πŒπ€ π€πŠπ€πƒπ„πŒπˆπŠ πƒπ€π‹π€πŒ ππˆπƒπ€ππ† π€ππˆπŒπ€π’πˆ πŸ‘πƒ 𝐃𝐀𝐍 πŒπ”π‹π“πˆπŒπ„πƒπˆπ€

BESTARI JAYA, 25 NOVEMBER 2026 – Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran (FCVAC), Universiti Selangor (UNISEL) melalui Jabatan Pengkomputeran telah mengadakan Majlis Menandatangani Surat Hasrat Kerjasama (Letter of Intent, LOI) bersama Kolej Vokasional Kuala Selangor (KVKS) bertempat di Bilik Seminar Hidayat, UNISEL Kampus Bestari Jaya.

Sesi menandatangani LOI telah disempurnakan oleh Prof. Madya Ts. Dr. Wan Azlan bin Wan Hassan, Dekan Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran, UNISEL dan Encik Mohd Daud bin Ismail, Pengarah Kolej Vokasional Kuala Selangor (KVKS).

Kerjasama ini merupakan satu langkah strategik dalam memperkukuh hubungan antara institusi pengajian tinggi dan institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), khususnya dalam bidang animasi 3D, multimedia dan teknologi kreatif.

Antara fokus utama kerjasama yang dipersetujui adalah:

  • Meneroka peluang kesinambungan pengajian graduan Program Teknologi Animasi 3D KVKS ke Program Ijazah Sarjana Muda Multimedia Industri (Kepujian) di UNISEL;

  • Pelaksanaan bengkel, seminar, latihan dan program pembangunan kemahiran;

  • Perkongsian ilmu, kepakaran akademik serta teknologi semasa;

  • Pelaksanaan lawatan akademik dan penglibatan pelajar dalam aktiviti bersama.

Majlis turut dihadiri oleh Pengarah Pemasaran UNISEL, barisan pengurusan FCVAC, Penasihat Program Teknologi Animasi 3D KVKS serta delegasi pengurusan dan tenaga pengajar KVKS.

Selain sesi menandatangani LOI, sesi perbincangan turut diadakan bagi mengenal pasti potensi kerjasama, peluang kesinambungan pengajian serta perancangan aktiviti susulan yang dapat memberikan manfaat kepada kedua-dua institusi.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen UNISEL dalam memperkukuh jaringan akademik bersama institusi TVET, di samping menyokong pembangunan bakat dalam bidang teknologi kreatif serta memperluas peluang pendidikan tinggi kepada generasi muda.

Semoga kerjasama strategik ini menjadi asas kepada hubungan yang berterusan antara FCVAC UNISEL dan KVKS, sekali gus memberikan impak positif terhadap pembangunan akademik, kemahiran serta kebolehpasaran graduan dalam menghadapi keperluan industri masa kini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam merealisasikan kerjasama ini.

.

Β 

Β 

Β 

Β 

Β 

Β 

Β 

Β 

Β 

Β 

CAMPUSFIT AI CIPTA NAMA DI PERSADA ANTARABANGSA, RAIH EXCELLENCE AWARD DI CHINA

CampusFit AI, inovasi pelajar Jabatan Pengkomputeran, FCVAC, UNISEL mencipta kejayaan di peringkat antarabangsa apabila meraih Excellence Award (ASEAN Track) dalam 2026 ASEAN-Oriented β€œAI + Sports” Application Scenario Competition di Nanning, China. Kejayaan ini menyerlahkan kreativiti dan keupayaan pelajar UNISEL dalam menghasilkan inovasi AI yang berpotensi memberi impak kepada bidang sukan.

SELAMAT HARI DEEPAVALI 2026

FCVAC, UNISEL mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada seluruh warga UNISEL yang meraikannya. Semoga Pesta Cahaya membawa kegembiraan, kedamaian dan kebahagiaan serta mengeratkan hubungan dalam semangat perpaduan dan keharmonian.