
CAMPUSFIT AI CIPTA NAMA DI PERSADA ANTARABANGSA, RAIH EXCELLENCE AWARD DI CHINA
CampusFit AI, inovasi pelajar Jabatan Pengkomputeran, FCVAC, UNISEL mencipta kejayaan di peringkat antarabangsa apabila meraih Excellence Award (ASEAN Track) dalam 2026 ASEAN-Oriented βAI + Sportsβ Application Scenario Competition di Nanning, China. Kejayaan ini menyerlahkan kreativiti dan keupayaan pelajar UNISEL dalam menghasilkan inovasi AI yang berpotensi memberi impak kepada bidang sukan.