BENGKEL WRITE TO PUBLISH 2026 : IMPAK (INTEGRITI, METODOLOGI, PENULISAN, ANALISIS & KUALITI)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera,

BENGKEL WRITE TO PUBLISH 2026 : IMPAK (INTEGRITI, METODOLOGI, PENULISAN, ANALISIS & KUALITI)

Bengkel Write to Publish 2026 anjuran Unit Penyelidikan Fakulti, Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran, Universiti Selangor (UNISEL) telah berjaya dilaksanakan pada 17 April 2026 di Bilik Seminar Siddiq Fadzil, Perpustakaan UNISEL, Kampus Bestari Jaya dengan penyertaan staf akademik fakulti. Seramai 67 orang peserta terdiri daripada 60 orang pensyarah dan 7 orang staf sokongan terlibat dengan program ini.

Kursus Write to Publish 2026 telah dikendalikan oleh Prof. Madya Dr. Hafizul Fahri bin Hanafi dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Beliau berkongsi panduan praktikal dalam menghasilkan manuskrip berkualiti tinggi seperti narrative review untuk jurnal berindeks.

Sepanjang kursus berlangsung, para peserta terlibat secara aktif dalam sesi interaktif dan soal jawab, membolehkan mereka mendapatkan jawapan terus daripada pakar serta memahami proses penerbitan dengan lebih jelas. Program ini diharap dapat meningkatkan kemahiran penulisan akademik dalam kalangan warga fakulti serta menggalakkan lebih banyak penerbitan berkualiti pada masa akan datang.

Terima kasih kepada semua yang terlibat. Semoga memberi manfaat kepada semua peserta.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

TAKLIMAT PELAJAR BAHARU PRA SISWAZAH SEMESTER OGOS 2026

FCVAC UNISEL mengucapkan selamat datang kepada semua pelajar baharu Pra Siswazah Semester Ogos 2026. Semoga perjalanan akademik di UNISEL menjadi pengalaman bermakna dalam membina ilmu, kemahiran, kreativiti dan jati diri ke arah kecemerlangan masa hadapan.

SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA KE-69

🇲🇾 Selamat Menyambut Hari Merdeka Ke-69! FCVAC UNISEL mengajak seluruh warga universiti dan rakyat Malaysia bersama-sama menghayati erti kemerdekaan dengan menghargai perjuangan generasi terdahulu, memperkukuh perpaduan serta menyemarakkan semangat patriotisme demi Malaysia yang terus maju, harmoni dan sejahtera. Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka.