PROMOSI EARLY BIRD UNISEL DILANJUTKAN SEHINGGA 7 JULAI 2026 – NIKMATI REBAT 50% YURAN KEMASUKAN

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera,

Masih belum sempat menikmati Promosi Early Bird UNISEL? Berita baik buat semua bakal pelajar! Susulan sambutan yang amat menggalakkan, Universiti Selangor (UNISEL) telah melanjutkan tempoh Promosi Early Bird bagi sesi kemasukan Ogos 2026 sehingga 7 Julai 2026.

Melalui promosi ini, bakal pelajar layak menikmati diskaun sebanyak 50% ke atas yuran kemasukan, menjadikan jumlah bayaran hanya RM575.00 berbanding yuran asal sebanyak RM1,150.00.

Yuran kemasukan tersebut merangkumi:

  • RM500.00 – Yuran Pendaftaran
  • RM350.00 – Yuran Semester & Sumber
  • RM300.00 – Wang Hemat Diri

Bagi menikmati insentif Early Bird ini, pelajar hanya perlu:

  • Membuat bayaran sebanyak RM575.00 sebelum atau pada 7 Julai 2026.
  • Mengemas kini maklumat pembayaran melalui pautan: https://forms.gle/a4DHWPk5ksVXAkJj6.
  • Menyimpan serta membawa resit pembayaran semasa hari pendaftaran.

Tarikh pendaftaran pelajar baharu adalah seperti berikut:

  • 6 Ogos 2026 – Program Asasi
  • 27 Ogos 2026 – Program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda

UNISEL terus komited menyediakan pendidikan berkualiti dengan sokongan pelbagai bentuk bantuan kewangan bagi memastikan lebih ramai pelajar berpeluang melanjutkan pengajian dalam suasana pembelajaran yang kondusif.

Jangan lepaskan peluang ini untuk menyambung pengajian di Universiti Selangor (UNISEL), universiti milik penuh Kerajaan Negeri Selangor.

Permohonan dan semakan tawaran boleh dibuat melalui:
https://apply.unisel.edu.my

#JomMasukUNISEL

 

FCVAC UNISEL MERIAHKAN KARNIVAL SENI & BUDAYA DI SMK SERI KERAMAT

FCVAC UNISEL telah menyertai Pameran Seni sempena Karnival Seni & Budaya di SMK Seri Keramat bagi memperkenalkan program pengajian serta memupuk minat pelajar terhadap bidang seni visual, komunikasi dan pengkomputeran melalui pameran karya kreatif dan perkongsian ilmu.

MISI DETEKTIF MATH 2026

Seramai 247 murid SMK Kuala Selangor telah menyertai Program Game-Based Learning hasil kolaborasi FCVAC UNISEL, ISM Matematik & Statistik dan pihak sekolah. Melalui konsep “Detektif Matematik”, peserta menyelesaikan cabaran algebra dan logik secara kreatif, sekali gus membuktikan bahawa pembelajaran matematik boleh dilaksanakan dengan lebih interaktif, menyeronokkan dan bermakna.