PROGRAM KECEMERLANGAN PADAT SEJARAH PERINGKAT DAERAH KUALA SELANGOR 2026

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera,

Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran (FCVAC), Universiti Selangor (UNISEL) dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Selangor telah menganjurkan Program Kecemerlangan Padat Sejarah Peringkat Daerah Kuala Selangor 2026 pada 22 Jun 2026 (Isnin).

Program yang berlangsung di Dewan Al-Ghazali, FCVAC UNISEL, Kampus Bestari Jaya ini menghimpunkan seramai 21 buah sekolah menengah dari seluruh daerah Kuala Selangor. Bermula pada jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari, program ini memberi fokus kepada usaha memperkukuh penguasaan mata pelajaran Sejarah sebagai persediaan menghadapi peperiksaan.

Penganjuran program ini menjadi platform yang signifikan dalam membantu para pelajar meningkatkan kefahaman terhadap subjek Sejarah melalui sesi perkongsian ilmu, teknik pembelajaran yang berkesan serta pendedahan kepada strategi menjawab soalan peperiksaan. Selain itu, program ini turut menyuntik motivasi kepada para pelajar agar lebih yakin dan bersedia untuk mencapai kecemerlangan akademik.

Kolaborasi antara FCVAC UNISEL dan PPD Kuala Selangor ini mencerminkan komitmen bersama dalam memperkasakan kecemerlangan pendidikan serta menyokong pembangunan modal insan yang berilmu, berdaya saing dan berprestasi tinggi. Inisiatif seperti ini diharapkan dapat memberi impak positif kepada prestasi pelajar serta mengeratkan hubungan strategik antara institusi pengajian tinggi dan sekolah-sekolah di daerah Kuala Selangor.

Semoga program ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak jalinan kerjasama yang memberi manfaat kepada dunia pendidikan dan melahirkan generasi pelajar yang cemerlang serta berdaya saing.

 

 



FCVAC UNISEL MERIAHKAN KARNIVAL SENI & BUDAYA DI SMK SERI KERAMAT

FCVAC UNISEL telah menyertai Pameran Seni sempena Karnival Seni & Budaya di SMK Seri Keramat bagi memperkenalkan program pengajian serta memupuk minat pelajar terhadap bidang seni visual, komunikasi dan pengkomputeran melalui pameran karya kreatif dan perkongsian ilmu.