Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera,
Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran (FCVAC), UNISEL hari ini menerima kunjungan istimewa daripada Pro-Canselor UNISEL, Y.A.D. Engku Sri Paduka Diraja, Raja Dato’ Reza Al-Haj bersama Tan Sri Muhammad Ibrahim.
Lawatan ini memberi peluang kepada delegasi untuk melihat dengan lebih dekat suasana pembelajaran di FCVAC, daripada hasil karya kreatif pelajar sehinggalah kepada kemudahan yang menyokong bidang komunikasi, seni visual dan pengkomputeran.
Sepanjang sesi lawatan, para tetamu turut dibawa meninjau galeri fakulti yang mempamerkan pelbagai projek dan pencapaian pelajar, sekaligus mencerminkan bakat serta potensi yang dibentuk di FCVAC.
Terima kasih atas kunjungan dan sokongan yang berterusan, semoga FCVAC terus melangkah jauh sebagai hab kreativiti dan inovasi.


