MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN SMK RANTAU PANJANG MERIAH DENGAN KERJASAMA FCVAC

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera,

SMK Rantau Panjang dengan kerjasama Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran (FCVAC), Universiti Selangor (UNISEL) telah menganjurkan 𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐀𝐧𝐮𝐠𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐊𝐞𝐜𝐞𝐦𝐞𝐫𝐥𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟓 pada 9 Mei 2026 bertempat di Auditorium Al-Ghazali, Kampus Bestari Jaya.
 
Majlis ini telah dirasmikan oleh Dekan FCVAC UNISEL, PM. Dr. TS Wan Azlan bin Wan Hassan @ Wan Harun. Program ini diadakan sebagai penghargaan kepada para pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 serta lepasan SPM 2025 yang telah menunjukkan pencapaian cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah diri sepanjang sesi persekolahan.
 
Turut disampaikan ialah anugerah penghargaan kepada guru-guru dan kakitangan sekolah atas jasa dan komitmen mereka dalam meningkatkan kecemerlangan SMK Rantau Panjang sehingga berjaya memperoleh empat anugerah daripada 𝐏𝐏𝐃 𝐊𝐮𝐚𝐥𝐚 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐨𝐫 bagi tahun 2025 di bawah kepimpinan Pengetua, En. Mohd Mohar bin Maarof.
 
Majlis ini menjadi platform bagi meraikan usaha dan dedikasi para pelajar, guru serta ibu bapa dalam memastikan kecemerlangan pendidikan terus diperkasakan. Kehadiran para jemputan dan penerima anugerah telah memeriahkan suasana majlis yang berlangsung dengan penuh gemilang dan bermakna.
 
Dalam masa yang sama, jalinan kerjasama antara UNISEL khususnya FCVAC dengan SMK Rantau Panjang turut dimeterai melalui sesi pertukaran dokumen kerjasama yang ditandatangani oleh PM. Dr. TS Wan Azlan bin Wan Hassan @ Wan Harun selaku Dekan FCVAC dan En. Mohd Mohar bin Maarof selaku Pengetua SMK Rantau Panjang.
 
Kerjasama strategik ini membuka peluang kepada para pelajar sekolah untuk mengenali dengan lebih dekat dunia pendidikan tinggi khususnya dalam bidang komunikasi, seni visual dan pengkomputeran. Selain itu, program seumpama ini diharap dapat memberi inspirasi kepada pelajar untuk terus mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada masa hadapan.
 
FCVAC UNISEL sentiasa komited dalam menjalin hubungan kerjasama bersama institusi pendidikan bagi menyokong pembangunan akademik dan melahirkan generasi yang berilmu, kreatif serta berdaya saing.
 
Majlis ini turut dihadiri oleh Pengarah Kolej Tingkatan Enam (Prauniversiti) Sultan Abdul Aziz, Tuan Mukharita bin Shaharom; Penolong PPD Sektor Perancangan merangkap Pegawai PPD Unit Menengah dan Tingkatan 6, Sektor Pengurusan Sekolah, En. Azmi bin Mohd Sabar; serta Yang Dipertua PIBG SMK Rantau Panjang, Dr. Saibah Siregar yang juga merupakan Pensyarah di Jabatan Pengkomputeran, FCVAC UNISEL.
 
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

FCVAC UNISEL MERIAHKAN KARNIVAL SENI & BUDAYA DI SMK SERI KERAMAT

FCVAC UNISEL telah menyertai Pameran Seni sempena Karnival Seni & Budaya di SMK Seri Keramat bagi memperkenalkan program pengajian serta memupuk minat pelajar terhadap bidang seni visual, komunikasi dan pengkomputeran melalui pameran karya kreatif dan perkongsian ilmu.