𝐊𝐄𝐌𝐀𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 𝐊𝐈𝐍𝐈 𝐃𝐈𝐁𝐔𝐊𝐀 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐋𝐄𝐏𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐒𝐏𝐌 & 𝐒𝐓𝐏𝐌

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera,

Lepasan SPM dan STPM kini berpeluang melanjutkan pengajian di universiti milik penuh Kerajaan Negeri Selangor dengan pelbagai program pengajian yang diiktiraf serta memenuhi keperluan industri semasa. Peluang ini membuka ruang kepada para pelajar untuk membina masa depan akademik dan kerjaya dalam suasana pembelajaran yang kondusif, moden serta mendamaikan.

Pelbagai insentif khas turut ditawarkan bagi membantu meringankan beban kewangan pelajar dan keluarga. Antaranya termasuk subsidi 50% yuran pengajian untuk Anak Selangor dan pemastautin, selain Program Tahun Asas Percuma bagi calon yang memperoleh minimum lima (5) kepujian dalam SPM.

Bagi lepasan SPM yang memperoleh sekurang-kurangnya tiga (3) kepujian, peluang mengikuti program diploma juga disediakan. Manakala lepasan STPM dengan kelulusan minimum Gred C (NGMP 2.00) bagi dua mata pelajaran layak memohon program Ijazah Sarjana Muda yang ditawarkan.

Dengan persekitaran kampus yang tenang serta sokongan bantuan kewangan yang menyeluruh, para pelajar dapat menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap pembelajaran dan pembangunan diri.

Permohonan kemasukan kini dibuka kepada semua calon yang berminat untuk menyambung pengajian dan membina masa depan yang lebih cemerlang.

 

📲Hubungi:

☎ 01143738848 (Pn. Nurul)

☎ 01172743636 (En. Azwan)

☎ 0192769926 (Pn. Nor Ain)

🧑🏻‍💻Whatsapp sahaja kami:
https://wa.me/601143738848 (Pn. Nurul)

https://wa.me/601172743636 (En. Azwan)

https://wa.me/60192769926 (Pn. Nor Ain)

Sertai Kami Sekarang❗

#𝐮𝐧𝐢𝐬𝐞𝐥𝐚𝐰𝐞𝐬𝐨𝐦𝐞
#𝐢𝐧𝐭𝐚𝐤𝐞Ogos𝟐𝟎𝟐𝟔

#Kitaselangor
#TerimakasihUnisel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

TAKLIMAT PELAJAR BAHARU PRA SISWAZAH SEMESTER OGOS 2026

FCVAC UNISEL mengucapkan selamat datang kepada semua pelajar baharu Pra Siswazah Semester Ogos 2026. Semoga perjalanan akademik di UNISEL menjadi pengalaman bermakna dalam membina ilmu, kemahiran, kreativiti dan jati diri ke arah kecemerlangan masa hadapan.

SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA KE-69

🇲🇾 Selamat Menyambut Hari Merdeka Ke-69! FCVAC UNISEL mengajak seluruh warga universiti dan rakyat Malaysia bersama-sama menghayati erti kemerdekaan dengan menghargai perjuangan generasi terdahulu, memperkukuh perpaduan serta menyemarakkan semangat patriotisme demi Malaysia yang terus maju, harmoni dan sejahtera. Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka.