PERBINCANGAN KERJASAMA STRATEGIK PEMBANGUNAN AKADEMIK DAN LATIHAN DALAM BIDANG KESELAMATAN SIBER

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera,

Perbincangan Kerjasama Strategik Pembangunan Akademik dan Latihan dalam bidang Keselamatan Siber.

Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran telah mengadakan diskusi bersama Pro- Canselor UNISEL YDM Engku Paduka Diraja Dato’ Reza Al-Haj bin Raja Dato’ Zaib Shah Al-Haj berkenaan Kerjasama Strategik Pembangunan Akademik dan Latihan dalam bidang Keselamatan Siber.

Diskusi dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Profesor Emeritus Ir. Dato’ Dr. Hassan bin Basri, Presiden & Naib Canselor UNISEL.

Perbincangan tertumpu kepada cadangan pembangunan modul latihan jangka pendek dan micro-credential, penyelidikan bersama agensi dan industri keselamatan siber, serta pembangunan program baharu di peringkat Sarjana Muda yang berorientasikan industri, dengan tujuan memperkukuh ekosistem keselamatan siber UNISEL dan melahirkan tenaga pakar profesional yang bersedia menghadapi cabaran transformasi digital dan keselamatan nasional.

Tarikh : 10 November 2025 (Isnin)
Tempat : Bilik Mesyuarat Pengurusan Bangunan Berlian, Tingkat 5
UNISEL Kampus Shah Alam.

 
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER OGOS 2026

Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran (FCVAC), UNISEL mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pelajar yang menduduki Peperiksaan Akhir Semester Ogos 2026. Semoga berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang!