BENGKEL PEMANTAPAN AKADEMIK DAN PEMBANGUNAN PROGRAM BAHARU

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera,

 
Bengkel Pemantapan Akademik dan Pembangunan Program Baharu
(AI MPU Universiti & Diploma Applied Artificial Intelligence)

Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran (FKSVP) dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Akademik (BHEA) telah menganjurkan Bengkel Pemantapan Akademik dan Pembangunan Program Baharu pada 31 Oktober hingga 2 November 2025 di Hotel Royale Chulan, Seremban. Bengkel ini dirasmikan oleh Yang Berbahagia Profesor Emeritus Ir. Dato’ Dr. Hassan bin Basri, Presiden & Naib Canselor UNISEL.

Bengkel ini turut dihadiri oleh Profesor Dr. Abdullah Bade dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) selaku Penasihat Luar Akademik, dan Ts. Dr. Raja Mohd Tariqi bin Raja Lope Ahmad dari Devlab Digital Sdn. Bhd. selaku Penasihat Luar Industri.

Hasil bengkel ini, UNISEL bakal memperkenalkan kursus AI MPU Universiti bagi melahirkan graduan celik AI dan berfikiran digital yang mampu memanfaatkan teknologi secara beretika serta bertanggungjawab dalam kehidupan dan kerjaya masa hadapan.

Selain itu, UNISEL bakal menjadi universiti pertama di Malaysia yang akan menawarkan program Diploma Applied Artificial Intelligence (DAAI). Program ini penting dalam melahirkan tenaga kerja mahir yang menguasai asas pembelajaran mesin, analitik data, dan pembangunan aplikasi pintar, seiring dengan keperluan industri dan agenda ekonomi digital negara. Uniknya, program ini turut menekankan penerapan elemen kreatif media digital, membolehkan pelajar meneroka integrasi AI dalam bidang seperti reka bentuk visual, kandungan interaktif, animasi pintar, dan komunikasi digital.

Langkah ini membuktikan komitmen UNISEL untuk terus menjadi peneraju pendidikan berasaskan teknologi dan inovasi melahirkan graduan yang berdaya saing, beretika dan bersedia menghadapi cabaran masa depan.
 
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

SUGAR & SPICE MENTOR-MENTEE WEEK

Program *Sugar & Spice Mentor-Mentee Week* FCVAC menjadi platform untuk menghubungkan mentor dan mentee melalui sesi bimbingan akademik, pembangunan pelajar serta aktiviti interaktif bagi memperkukuh sokongan pembelajaran dan persediaan pra-pendaftaran kursus semester Ogos 2026.

FINAL YEAR PROJECT SHOWCASE 2026

Final Year Project Showcase 2026 mempamerkan projek penyelidikan, seni visual dan inovasi teknologi pelajar tahun akhir FCVAC, Universiti Selangor sebagai simbol kecemerlangan dan masa depan yang sedang dibina.

BENGKEL CEMERLANG SKOR ART 2025

Bengkel Skor ART 2025 dianjurkan bagi memperkasakan pelajar dalam persediaan menghadapi penilaian ART, melalui pendekatan interaktif dan pendedahan teknik berkesan.