Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran (CVAC) Universiti Selangor (UNISEL) ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada seluruh graduan Jabatan Pengkomputeran yang telah berjaya menamatkan pengajian sempena Istiadat Konvokesyen UNISEL yang ke-20.
Kejayaan ini merupakan bukti usaha gigih, ketabahan, dan komitmen tinggi yang telah ditunjukkan sepanjang bergelar mahasiswa di UNISEL. Segala pengorbanan masa dan tenaga kini membuahkan hasil yang berharga.
Sebagai peneraju dalam bidang pengkomputeran dan teknologi, kalian kini bersedia untuk melangkah ke alam kerjaya serta menyumbang kepakaran dalam era digital yang serba dinamik ini. Jadikan ilmu dan kemahiran yang dipelajari sebagai bekal untuk terus berinovasi dan membina masa depan yang cemerlang.
Seluruh warga fakulti mendoakan agar semua graduan terus dilimpahi kejayaan dalam apa jua bidang dan kerjaya yang diceburi. Teruskan membawa nama baik fakulti dan universiti!
#weareIT #UNISEL #CVAC #KonvokesyenUNISEL20



