TOP CODER CODING CHALLENGE 2025 PERINGKAT UNISEL

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera,

Top Coders 2025 University Level Competition

Top Coders 2025 University Level Competition peringkat Universiti Selangor (UNISEL), anjuran Persatuan Data Sains dengan kerjasama Thulija Tech Sdn. Bhd. serta sokongan daripada Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) telah berjaya dianjurkan seperti ketetapan berikut:

📆15 Julai 2025
⏰️ 9.00 pagi – 2.00 petang
📍Bilik Seminar 2, Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran, UNISEL

Sebelum itu, sebagai persediaan menghadapi pertandingan ini, empat siri bengkel pengaturcaraan Python secara dalam talian telah dijalankan dari 1 hingga 4 Julai 2025, melibatkan penyertaan seramai 105 pelajar. Mereka telah menerima tunjuk ajar secara langsung daripada pakar pengaturcaraan Python.

Pertandingan kali ini menyaksikan 19 pasukan bersaing dengan penuh semangat, kreativiti dan kerjasama berpasukan!

Tahniah diucapkan kepada lima pasukan terbaik yang akan mewakili UNISEL ke Pusingan Akhir Top Coder 2025 peringkat Kebangsaan yang dijadualkan berlangsung pada bulan September nanti.

🥈 Team Yang Tu
• Muhammad Hakimi Bin Sa’ari (Bachelor of Computer Science (Hons))
• Mohamad Fikri Bin Mohd Sahar (Bachelor of Computer Science (Hons))

🥈 Sixteentwelve
• Thanushankumar A/L Murugan (Foundation in Information Technology)
• Nur Aleeya Zulaika Binti Mohd Asnawi Gopal (Foundation in Information Technology)

🥉 Kaizen
• Muhammad Haris Haikal Bin Nor Hisham (Foundation in Information Technology)
• Sutheshen A/L Prem Anand (Foundation in Information Technology)

🏅 Bitbrokies
• Atiqah Faqihah Binti Ahmad Faizal (Bachelor of Information Technology (Hons))
• Arni Hazirah Binti Ahmad (Bachelor of Software Engineering (Hons))

🏅 Alt + F4
• Kamaputra Bin Kamaruddin (Bachelor of Computer Science (Hons))
• Danial Bin Aidil Zaimi (Bachelor of Computer Science (Hons))

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua peserta. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan dalam bidang pengaturcaraan dan teknologi pada masa hadapan!

 
 
 
 
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

SUGAR & SPICE MENTOR-MENTEE WEEK: CONNECT, GUIDE, DEVELOP

Sugar & Spice Mentor-Mentee Week anjuran FCVAC, UNISEL berlangsung dari 7 September hingga 9 Oktober 2026 dengan tema “Connect | Guide | Develop”. Program ini memberi fokus kepada hubungan mentor-mentee, bimbingan akademik, pemantauan kemajuan pelajar serta persediaan pra-pendaftaran kursus bagi Semester November 2026.

TAKLIMAT PELAJAR BAHARU PRA SISWAZAH SEMESTER OGOS 2026

FCVAC UNISEL mengucapkan selamat datang kepada semua pelajar baharu Pra Siswazah Semester Ogos 2026. Semoga perjalanan akademik di UNISEL menjadi pengalaman bermakna dalam membina ilmu, kemahiran, kreativiti dan jati diri ke arah kecemerlangan masa hadapan.

SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA KE-69

🇲🇾 Selamat Menyambut Hari Merdeka Ke-69! FCVAC UNISEL mengajak seluruh warga universiti dan rakyat Malaysia bersama-sama menghayati erti kemerdekaan dengan menghargai perjuangan generasi terdahulu, memperkukuh perpaduan serta menyemarakkan semangat patriotisme demi Malaysia yang terus maju, harmoni dan sejahtera. Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka.