PROMOSI EARLY BIRD UNISEL: DISKAUN 50% YURAN PENDAFTARAN KEMASUKAN OGOS 2026

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera,

Universiti Selangor (UNISEL) menawarkan promosi istimewa Early Bird kepada bakal pelajar yang ingin melanjutkan pengajian bagi Sesi Kemasukan Ogos 2026.

Melalui promosi ini, bakal pelajar berpeluang menikmati diskaun 50% yuran pendaftaran, menjadikan jumlah bayaran pendaftaran hanya RM575 berbanding kadar asal sebanyak RM1,150.

Tawaran khas ini terbuka kepada calon yang membuat pembayaran sebelum atau pada 30 Jun 2026. Inisiatif ini merupakan salah satu usaha UNISEL dalam membantu meringankan beban kewangan pelajar serta memberi peluang lebih luas kepada masyarakat untuk mendapatkan pendidikan tinggi berkualiti di universiti milik penuh Kerajaan Negeri Selangor.

UNISEL terus komited dalam menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif, program akademik yang relevan dengan keperluan industri serta pelbagai kemudahan bagi melahirkan graduan berdaya saing dan berkemahiran tinggi.

Orang ramai yang berminat untuk menyambung pengajian di UNISEL digalakkan untuk mengambil peluang promosi ini dengan membuat pendaftaran segera sebelum tarikh tutup yang ditetapkan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi +6011-72743636 atau +6019-2769926, atau layari laman web rasmi UNISEL di www.unisel.edu.my.

 

ROBING CEREMONY 2026 | FCVAC

The Robing Ceremony for Doctor of Philosophy (PhD) and Master Graduates 2026 was held on 24 September 2026 at Auditorium Za’ba, FESS, UNISEL, celebrating the achievements of graduates from FCVAC and FESS. Congratulations to all FCVAC graduates on their outstanding academic accomplishments.