SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA KE-69

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera,

 
Fakulti Komunikasi, Seni Visual & Pengkomputeran (FCVAC), Universiti Selangor (UNISEL) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Merdeka Ke-69 kepada seluruh warga Universiti Selangor dan rakyat Malaysia.

Sambutan Hari Kebangsaan bukan sekadar memperingati detik kemerdekaan negara, tetapi menjadi wadah untuk kita menghargai perjuangan, pengorbanan dan jasa generasi terdahulu dalam membina sebuah negara yang berdaulat.

Semangat kemerdekaan juga mengingatkan kita tentang pentingnya perpaduan, toleransi, keharmonian dan tanggungjawab bersama dalam memastikan Malaysia terus maju dan sejahtera.

Sebagai warga pendidik dan mahasiswa, marilah kita menghayati erti kemerdekaan dengan terus menimba ilmu, berkarya, berinovasi serta menyumbang tenaga dan idea demi masa depan negara. Keunikan kepelbagaian budaya, kreativiti dan ilmu pengetahuan merupakan kekuatan yang mampu membawa Malaysia ke arah yang lebih gemilang.

“Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka”

Semoga semangat patriotisme dan kecintaan terhadap negara terus subur dalam diri kita semua.

Selamat Hari Merdeka Ke-69! 🇲🇾
Merahmu Bara Semangatku, Putihmu Bersih Budi Pekertiku, Kuningmu Berdaulat, Birumu Perpaduanku.

Ikhlas daripada:
Seluruh Warga Fakulti Komunikasi, Seni Visual & Pengkomputeran (FCVAC)
Universiti Selangor (UNISEL)

 

ROBING CEREMONY 2026 | FCVAC

The Robing Ceremony for Doctor of Philosophy (PhD) and Master Graduates 2026 was held on 24 September 2026 at Auditorium Za’ba, FESS, UNISEL, celebrating the achievements of graduates from FCVAC and FESS. Congratulations to all FCVAC graduates on their outstanding academic accomplishments.