Pesta Konvo UNISEL Ke-20 akan berlangsung dari 25 hingga 28 September 2026 bertempat di Universiti Selangor (UNISEL), Kampus Bestari Jaya, bersempena dengan Istiadat Konvokesyen UNISEL Kali Ke-20.
Pesta Konvo kali ini menghimpunkan pelbagai program dan aktiviti menarik untuk memeriahkan sambutan konvokesyen serta meraikan para graduan UNISEL. Acara berlangsung dari 8.00 pagi hingga 11.00 malam, dengan pelbagai pengisian di pentas utama dan sekitar kampus.
Antara acara utama yang dijadualkan ialah Alumni Talks, siaran langsung Istiadat Konvokesyen, Majlis Perasmian Pesta Konvo UNISEL, serta sesi perkongsian bersama Ustaz Syamsul Debat.
Pengunjung turut berpeluang menyaksikan pertandingan Vocal Mania, Kuiz Kerohanian, Malam Cinta Rasul UNISEL, Malam Gema Selebriti bersama Wekrabat & Real XPOC, serta Grand Finale Vocal Mania.
Kemuncak program turut diserikan dengan Malam Gema Gempita & Penyampaian Hadiah, persembahan dan aktiviti hiburan, selain acara Neon Night Run dan pelbagai aktiviti di kawasan sekitar kampus.
Sepanjang Pesta Konvo berlangsung, pengunjung juga boleh menikmati kemeriahan Gema Bazar, PesKON Food Fest, Mega Autoshow, Suupa Duupa, Sukan Rakyat, Ping Pong, Carrom dan pelbagai lagi aktiviti yang disediakan.
Antara pengisian yang menjadi tumpuan ialah Malam Cinta Rasul yang menampilkan Ustaz Haslin Bollywood serta Kumpulan Qasidah As-Sodiq, dengan tema “Hubbu Watan, Hubbu Rasul”.
Pesta Konvo UNISEL Ke-20 turut membuka ruang kepada warga UNISEL, para graduan, alumni, keluarga serta orang ramai untuk bersama-sama memeriahkan sambutan konvokesyen dalam suasana yang penuh kemeriahan dan kebersamaan.
Orang ramai dijemput hadir ke UNISEL Kampus Bestari Jaya bagi memeriahkan Pesta Konvo UNISEL Ke-20 dari 25 hingga 28 September 2026.




