SUGAR & SPICE MENTOR-MENTEE WEEK

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera,

SUGAR & SPICE MENTOR-MENTEE WEEK PERKUKUH HUBUNGAN AKADEMIK DAN PEMBANGUNAN PELAJAR FCVAC

Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran (FCVAC), Universiti Selangor (UNISEL) bakal menganjurkan program Sugar & Spice Mentor-Mentee Week bermula 13 April 2026 hingga 30 Julai 2026 sebagai inisiatif memperkukuh hubungan antara mentor dan mentee dalam kalangan warga fakulti.

Program yang membawa tema “Connect | Guide | Develop” ini bertujuan mewujudkan komunikasi yang lebih efektif antara pensyarah dan pelajar di samping membantu perkembangan akademik, sahsiah serta kesejahteraan pelajar sepanjang semester pengajian.

Antara pengisian utama program termasuk sesi pertemuan mentor dan mentee, aktiviti bimbingan berkaitan perkembangan tugasan dan penghantaran kerja sebelum tamat semester, serta pelaksanaan aktiviti bersama mentee bagi mengeratkan hubungan dan meningkatkan motivasi pelajar.

Selain itu, program ini turut memberi fokus kepada proses pre-registration courses bagi semester Ogos 2026 yang akan berlangsung bermula 8 Mei hingga 20 Mei 2026. Melalui sesi bimbingan ini, pelajar dapat memperoleh panduan yang lebih jelas berkaitan pemilihan kursus serta perancangan akademik mereka.

Penganjuran program ini diharapkan dapat melahirkan suasana pembelajaran yang lebih kondusif, menyokong pembangunan holistik pelajar serta memperkukuhkan budaya sokongan akademik dalam komuniti FCVAC.

Maklumat lanjut berkaitan program boleh menghubungi Pn Nor Ain di talian 019-276 9926.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

FINAL YEAR PROJECT SHOWCASE 2026

Final Year Project Showcase 2026 mempamerkan projek penyelidikan, seni visual dan inovasi teknologi pelajar tahun akhir FCVAC, Universiti Selangor sebagai simbol kecemerlangan dan masa depan yang sedang dibina.

BENGKEL CEMERLANG SKOR ART 2025

Bengkel Skor ART 2025 dianjurkan bagi memperkasakan pelajar dalam persediaan menghadapi penilaian ART, melalui pendekatan interaktif dan pendedahan teknik berkesan.