ISTIADAT KONVOKESYEN UNIVERSITI SELANGOR KE-19

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera,

ISTIADAT KONVOKESYEN UNIVERSITI SELANGOR KE-19


Universiti Selangor (UNISEL) dengan sukacitanya mengumumkan penganjuran Istiadat Konvokesyen UNISEL Ke-19, sebagai tanda penghargaan kepada para graduan atas kejayaan menamatkan pengajian dengan cemerlang.

Majlis gilang-gemilang ini meraikan kejayaan para graduan dari pelbagai fakulti dan program pengajian, termasuk Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran (FCVAC), yang telah menempuh perjalanan akademik penuh cabaran serta dedikasi.

Tarikh: 27-29 September 2025
Tempat: Dewan Canselor, Kampus Bestari Jaya


Bukan sekadar meraikan kejayaan akademik, tetapi juga menjadi simbol keazaman, semangat juang dan kebanggaan seluruh warga universiti terhadap usaha gigih para graduan.

Tahniah kepada semua graduan UNISEL!
Semoga ilmu yang diperoleh menjadi bekalan dalam menyumbang kepada agama, bangsa dan negara. ๐ŸŒฟ

ย 
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

FCVAC UNISEL MERIAHKAN KARNIVAL SENI & BUDAYA DI SMK SERI KERAMAT

FCVAC UNISEL telah menyertai Pameran Seni sempena Karnival Seni & Budaya di SMK Seri Keramat bagi memperkenalkan program pengajian serta memupuk minat pelajar terhadap bidang seni visual, komunikasi dan pengkomputeran melalui pameran karya kreatif dan perkongsian ilmu.