BENGKEL PRODUKSI MULTIMEDIA DAN PENYIARAN DIGITAL

Jabatan Pengkomputeran, Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran (FCVAC), Universiti Selangor (UNISEL) akan mengadakan Bengkel Produksi Multimedia dan Penyiaran Digital dengan kerjasama Akademi TVET Universiti Tun Abdul Razak (UniRAZAK).

Bengkel ini akan berlangsung pada 7 Oktober 2026 (Rabu), bermula jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang, bertempat di Jabatan Pengkomputeran, FCVAC, Universiti Selangor.

Penganjuran bengkel ini bertujuan memberikan pendedahan serta meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang produksi multimedia dan penyiaran digital, selaras dengan perkembangan teknologi dan keperluan industri kreatif digital masa kini.

Diharapkan program ini dapat membuka ruang perkongsian ilmu serta memperkukuh hubungan kerjasama antara institusi dalam bidang pendidikan, teknologi dan pembangunan kemahiran digital.

https://youtu.be/-5DcpK40ZDI