PROJEK AKHIR JCS2123 INTERPERSONAL COMMUNICATION: TEATER “DI BAWAH LANGIT YANG SAMA”

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera,

 

Pelajar kursus JCS2123 Interpersonal Communication daripada Jabatan Komunikasi, Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran (FCVAC), Universiti Selangor (UNISEL) akan mempersembahkan sebuah pementasan teater bertajuk “Di Bawah Langit Yang Sama” sebagai projek akhir kursus.

Pementasan ini merupakan hasil kreativiti, komitmen dan penerapan kemahiran komunikasi interpersonal yang dipelajari sepanjang semester. Melalui penceritaan yang menyentuh nilai kemanusiaan, hubungan kekeluargaan, persahabatan serta perpaduan masyarakat, para pelajar berpeluang mengaplikasikan teori komunikasi dalam bentuk persembahan pentas yang kreatif dan bermakna.

Teater ini menampilkan watak-watak seperti Muthu, Wani, Zahid, Ravi, Kumar, Mad dan Ayah, yang masing-masing membawa mesej tentang kepentingan memahami perbezaan, menghormati antara satu sama lain serta membina hubungan yang harmoni di bawah satu langit yang sama.

Orang ramai dijemput hadir bagi menyaksikan persembahan ini yang akan berlangsung pada:

  • Tarikh: 6 Ogos 2026 (Khamis)
  • Masa: 2.00 petang – 3.00 petang
  • Tempat: Smart Classroom, Jabatan Komunikasi, Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran (FCVAC), Universiti Selangor (UNISEL), Kampus Bestari Jaya

Semoga pementasan ini menjadi platform terbaik untuk mengetengahkan bakat, kreativiti serta kemahiran komunikasi pelajar di samping mengeratkan hubungan antara warga universiti dan masyarakat.

FCVAC UNISEL MERIAHKAN KARNIVAL SENI & BUDAYA DI SMK SERI KERAMAT

FCVAC UNISEL telah menyertai Pameran Seni sempena Karnival Seni & Budaya di SMK Seri Keramat bagi memperkenalkan program pengajian serta memupuk minat pelajar terhadap bidang seni visual, komunikasi dan pengkomputeran melalui pameran karya kreatif dan perkongsian ilmu.