Organization Chart

Annual General Meeting 2025

Persatuan Mahasiswa Teknologi Maklumat telah berjaya menganjurkan Mesyuarat Agung Tahunan pada 18 Disember 2025 bertempat di Auditorium Al-Ghazali, Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran (FCVAC). Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh Profesor Madya Ts. Dr. Wan Azlan bin Wan Hassan, Dekan FCVAC.

Dalam majlis yang sama, beliau turut melancarkan laman web rasmi Persatuan Mahasiswa Teknologi Maklumat (PEMATEK) sebagai satu inisiatif ke arah pendigitalan dan pengukuhan komunikasi persatuan. Majlis ini turut dihadiri oleh barisan pengurusan tertinggi fakulti, wakil Pusat Kegiatan Pelajar dan Jaringan Komuniti (COMNET), para pensyarah serta kira-kira 50 orang pelajar.

Penganjuran mesyuarat ini bertujuan untuk membentangkan laporan tahunan, membincangkan perancangan aktiviti persatuan serta mengukuhkan kerjasama antara pelajar dan pihak fakulti. Program ini berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para hadirin.