SOCIAL WORK SKILLS (MPU3222)

Social Work Skills (MPU3222) Group 1 & Group 6

 

Pada 18 Januari 2025, seramai 43 pelajar yang mengambil subjek Social Work Skills (MPU3222) group 1 dan group 6 bersama-sama pensyarah Puan Khairil Bariyyah dan Puan Hasnur Hidayah telah menyantuni golongan OKU di Kebun Komuniti OKU PPDK Sinar Harapan, Subang Pelangi.

Aktiviti membersihkan kawasan kebun, menyiram tanaman dimulakan pada jam 8 pagi dan berakhir pada jam 11.30 tengahari.

Aktiviti ini bukan sahaja mendidik para pelajar dalam melakukan kerja social seperti berkebun bersama-sama anak OKU malah ia merupakan peluang dan ruang bagi pelajar untuk meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan meluaskan jaringan hubungan bersama masyarakat.

Terima kasih diucapkan kepada En Perkash Rao, Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat dan pengurusan PPDK Sinar Harapan atas peluang dan kerjasama yang diberikan, dan juga ucapan terima kasih buat FCVAC yang memberi kelulusan dan sokongan untuk program ini dilaksanakan dengan baik.

 

𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐁𝐔𝐊𝐀 𝐔𝐍𝐈𝐒𝐄𝐋 𝐊𝐇𝐀𝐒 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐒𝐄𝐌𝐔𝐀

🌟𝐒𝐀𝐕𝐄 𝐓𝐇𝐄 𝐃𝐀𝐓𝐄𝐒🌟

📢𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐁𝐔𝐊𝐀 𝐔𝐍𝐈𝐒𝐄𝐋 𝐊𝐇𝐀𝐒 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐒𝐄𝐌𝐔𝐀.
𝟏𝟒 𝐉𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟓 & 𝟏𝟐 𝐉𝐮𝐥𝐚𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟓 & 𝟏𝟔 𝐎𝐠𝐨𝐬 𝟐𝟎𝟐𝟓 (𝐒𝐀𝐁𝐓𝐔)
𝟗.𝟎𝟎 𝐩𝐚𝐠𝐢 – 𝟒.𝟑𝟎 𝐩𝐞𝐭𝐚𝐧𝐠
𝐃𝐞𝐰𝐚𝐧 𝐏𝐫𝐨 𝐂𝐚𝐧𝐬𝐞𝐥𝐨𝐫, 𝐔𝐧𝐢𝐯𝐞𝐫𝐬𝐢𝐭𝐢 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐨𝐫, 𝐒𝐞𝐤𝐬𝐲𝐞𝐧 𝟕, 𝐒𝐡𝐚𝐡 𝐀𝐥𝐚𝐦, 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐨𝐫