
BENGKEL CEMERLANG SKOR ART PENDIDIKAN SENI VISUAL
Seni Catan: Bengkel Cemerlang Skor Art Pendidikan Seni Visual Sekolah Menengah Peringkat Daerah Kuala Selangor merupakan salah satu program kerjasama rakan strategik Yayasan Seni Selangor Galeri Shah Alam dan Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Selangor. Program ini julung-julung kali diadakan bagi menyantuni pelajar-pelajar yang bakal menduduki SPM 2024 ini.