BENGKEL CEMERLANG SKOR ART PENDIDIKAN SENI VISUAL

Seni Catan: Bengkel Cemerlang Skor Art Pendidikan Seni Visual

Seni Catan: Bengkel Cemerlang Skor Art Pendidikan Seni Visual Sekolah Menengah Peringkat Daerah Kuala Selangor merupakan salah satu program kerjasama rakan strategik Yayasan Seni Selangor Galeri Shah Alam dan Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Selangor. Program ini julung-julung kali diadakan bagi menyantuni pelajar-pelajar yang bakal menduduki SPM 2024 ini.
Objektif utama bengkel ini adalah untuk membantu pelajar-pelajar SPM yang bakal menjawab kertas peperiksaan Pendidikan Seni Visual (PSV) untuk meningkatkan penguasaan dan pencapaian dalam subjek Pendidikan Seni Visual, khususnya dalam menghadapi peperiksaan SPM yang semakin hampir. Dengan adanya bimbingan daripada pakar dalam bidang ini, saya berharap pelajar dapat mendalami teknik-teknik menjawab soalan dengan lebih efektif, memahami kehendak soalan, dan menghasilkan karya seni yang berkualiti tinggi.
Selain mempromosikan kepakaran pensyarah sedia ada, program ini juga berkeupayaan untuk mempromosikan Jabatan Seni Visual kepada para pelajar yang tinggal di sekitar Daerah Kuala Selangor untuk tidak mengabaikan pendidikan sebaliknya memilih universiti sedia ada di sekeliling kediaman masing-masing untuk menyambung pengajian.
Program juga bakal dirasmikan oleh Dr. Hajah Norlela binti Ahmad dari SISC+ Sains Sosial Sektor Pembelajaran PPD Kuala Selangor ini turut diserikan dengan penceramah hebat dalam bidang Pendidikan Seni Visual iaitu En. Salbani Shamsuri selaku Ketua Pentaksir Kebangsaan Kajian Rekaan Seni Visual (SPM) dan perkongsian teknik lukisan catan dari pensyarah dan pelukis tanah air terkemuka En. Zaim Durulaman
Program akan berlangsung pada 17 Oktober 2024 (Khamis), di Dewan Naib Canselor Kampus Bestari Jaya bermula jam 8 pagi hingga 6 petang. Seramai tiga belas buah sekolah telah menghantar penyertaan dengan pelajar masing-masing.
 
𝗝𝗢𝗠 𝗠𝗔𝗦𝗨𝗞 𝗨𝗡𝗜𝗦𝗘𝗟📚🎓
Untuk info lanjut, hubungi:
☎ 03-3280 5062 (Bestari Jaya)
☎ 03-5522 3400 (Shah Alam)
Whatsapp:
Komunikasi
Seni Visual
Pengkomputeran
 

ICDTAIM 2025

The International Conference on Digital Transformation and AI-Driven Innovation Management 2025 (ICDTAIM 2025) invites researchers, academicians, industry experts, and practitioners to submit original research papers for presentation at the upcoming conference

FROM CAMPUS TO CORPORATE

“From Campus to Corporate”, an event organised by Bachelor of Communication (Hons) (Corporate Communication)