Final Year Project Showcase
#COMMzone
#thisisVAD
#weareIT
Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran (FKSVP), Universiti Selangor dengan sukacitanya menganjurkan Final Year Project Showcase yang menghimpunkan hasil penyelidikan, kreativiti dan inovasi pelajar tahun akhir merangkumi Communication Research Exhibition (COMMREX 2026) , Virtual Art Exhibition (VEX) serta Computing Innovation (exhibIT).
Program yang berlangsung pada 25 Februari 2026 hingga 5 Mac 2026, jam 2.00 petang hingga 4.00 petang di Auditorium Al-Ghazali, Kampus Bestari Jaya, ini menjadi platform penting dalam menzahirkan pencapaian akademik dan kompetensi profesional pelajar selaras dengan keperluan industri semasa.
Penganjuran ini bukan sahaja memperlihatkan keupayaan pelajar dalam menghasilkan projek berimpak tinggi, malah mencerminkan komitmen fakulti dalam melahirkan graduan yang berdaya saing, inovatif dan bersedia menghadapi cabaran dunia kerjaya.